17 August 2009

-Monolog Diriku Ketika Ramadhan Bakal Menjelma-

Terasa sedih,pilu,terharu,dan yang pasti hatiku celaru,tak tahu kenapa.aku memang happy go lucky,itu memang aku,namun aku sedih,aku sedih dengan diriku sendiri,diriku makin berubah.aku sedih dengan perubahan itu (hanya aku sahaja mengerti apa perubahan itu).


Aku bukannya baik apatah lagi alim tapi aku berusaha untuk menjadi baik dan alim..tengah berusaha dan sedang berusaha.

seorang sahabat pernah berkata betapa dia kagum dengan aku,huahua..syukran atas penghargaan itu,namun aku sedih..aku tak nak pujian itu,wahai sahabat!!
aku nak bimbingan kamu,luaran yang kau lihat padaku tidak menggambarkan diriku yang sebenar,aku memerlukan sahabat untuk membawa aku ke jalan kebenaran..
jika asal dan ilmu agamaku menjadi ukuran,memang silap telahan mu itu,aku perlukan ilmu,ilmu yang aku ada kini
belum cukup untuk bekalan ku nanti
sahabat yang boleh menegur aku,tegurlah semampumu,jangan bagi aku kecundang dalam landasan nafsu ini.
sesungguhnya,aku tetap manusia biasa yang punya sedikit kelebihan namun dikaburi oleh berjuta kelemahan diriku.


kalau dulu aku seringkali malabuhkan solat fardhu malamku dimasjid tapi kini,tidak lagi,semakin jarang ku mengunjungi rumah ALLAH itu..aku terfikir,adakah jarak atau laluan untuk ke sana?..seyesli,aku tak puas hati..kena lalu depan kediaman muslimin dulu untuk tiba disana.aku hanya hadir dimasjid semata2 untuk menghadiri Smart Group a.k.a usrah atau menghadiri mesyuarat SAHAM sahaja.teruk kan?sangat2 teruk!!tak tahu kenapa aku rasa diriku semakin lemah ke arah itu.Ya ALLAH,kuatkan aku!!!

kalau dari segi pelajaran,ALHAMDULLILLAH,aku sudah dapat menerima.aku sudah semakin immune dengan istilah2 baru ini.aku sudah sedar bahawa masa lalu tak kan berulang lagi,biarkan ia berlalu,sekarang ini aku sudah mula adapt dengan subjek2 kom,insyaALLAH,akan kubuktikan aku mampu berjaya!!!



Ramadhan yang bakal menjelma ini aku,aku nak berubah,berubah untuk jadi lebih baik.teringat lak kata2 Rofina,my classmate,ketika presentation English: kita semua adalah champion a.k.a juara sejak dulu lagi,kenapa??sebab dari dulu lagi kita dah menang dalam pertempuran untuk disenyawakan dan dilahirkan.Kita menang dalam pertempuran banyak2 sel..huhh..betul..memang betul,so,kalu dulu kita dah juara,sehingga sekarang kita boleh jadi juara,juara untuk menentang nafsu2 remaja ini.Thanks,Rofina,satu semangat tuhh!!

Doakan semoga aku istiqamah,mengekalkan sesuatu lebih sukar berbanding memulakannya...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua





video




p/s:sowri,entry yang entah apa2..huhuhu..

0 comments: