21 October 2009

-IF YOU ARE-

Jika anda tinggal di rumah yang baik, memiliki cukup makanan dan dapat membaca
anda adalah sebahagian dari kelompok yang terpilih.



Jika anda bangun pagi ini dan merasa sihat
anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin tidak akan dapat bertahan hidup minggu ini.



Jika anda tidak pernah merasakan bahaya perang, kesepian kerana dipenjara,
kesakitan kerana penyiksaan, atau kelaparan
anda berada selangkah lebih maju dibandingkan 500 juta orang di dunia.



Jika anda dapat menghadiri pertemuan politik atau keagamaan tanpa merasa takut akan dilecehkan, ditangkap, disiksa, atau mati
anda beruntung, kerana lebih dari 3 million orang di dunia tidak dapat
melakukannya.



Jika anda memiliki makanan didalam peti sejuk, baju-baju di almari pakaian,dan memiliki atap yang menaungi tempat anda beristirahat
anda lebih kaya dari 75% penduduk di dunia ini.



Jika anda memiliki wang di bank, di dompet, dan mampu membelanjakan sebahagian wang untuk menikmati hidangan di restoran
Anda merupakan anggota dari 8% kelompok orang-orang kaya di dunia.



Jika orang tua anda masih hidup & menikmati kebahagiaan kehidupan pernikahan mereka
maka anda termasuk salah satu dari kelompok orang yang dikategorikan bertuah.



Jika anda mampu menegakkan kepala dengan senyuman dibibir dan merasa benar-benar bahagia
Anda memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebahagian besar orang tidak
memperoleh kenikmatan tersebut.



Jika anda dapat membaca pesan ini
anda baru saja menerima kurnia berganda, kerana seseorang memikirkan
anda, dan anda jauh lebih beruntung dibandingkan lebih dari 1 million
orang yang tidak dapat membaca sama sekali



Semoga anda menikmati hari yang indah ini
Hitunglah kurnia keberuntungan anda, dan sampaikan hal ini kepada
orang lain untuk mengingatkan bahawa sebenarnya, kita adalah orang-orang yang
sangat beruntung.



Dengan bersyukur, anda akan lebih menikmati hidup yang hanya sebentar ini.








notakakiku1:syukur juga kerna assignment yang agak sukar berjaya disiapkan..huhu...

notakakiku2:post entry ini sebagai hadiah dapat siapkan assignment lebih awal...huhu..cam tak caya jerrr...

0 comments: