20 October 2009

Lingkaran Waktu Yang Tiada Penghujung


Betapa hebatnya waktu mengatur kita. Ketika loceng jam selesai kerja berdering, tanpa diperintah segera kita berkemas. Menyimpan kertas dan pensel dalam laci, lalu meninggalkannya jauh-jauh. Seolah semua persoalan telah diselesaikan untuk hari itu. Padahal masalah tetap terjaga walau kita pejamkan mata.



-jangan guna prinsip diatas-



Namun, esok hari, ketika loceng jam mulai kerja berdenting, semua masalah kita campur adukkan, seolah ia terlampau banyak tidur semalam. Perselisihan pun bolehlah dilanjutkan kembali. Ah, betapa hebatnya waktu menghibur kita. Betapa ghairahnya waktu membangunkan kita.


Saat kita mengatur waktu, sesungguhnya kita pun mengatur fikiran, emosi, dan perasaan kita. Kerana waktu adalah lingkaran dimana kehidupan kita berjalan, kita atur waktu untuk mengatur kehidupan.


Kita rayakan sesuatu kerana kita ciptakan hari besar. Kita heningkan diri kerana kita tegakkan kesyahduan. Dan, semua itu kita rangkai dalam jalinan waktu. Maka, hanya mereka yang tak kenal akan waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada hujungnya.





notakakiku1:satu peringatan buat diri sendiri yang bakal menghampiri final exam malah sedang bergelut dengan assignment yang bertimbun.

notakakiku2:Good luck tuk sumer coursemate..moga kita semua berjaya seiring dengan usaha yang dicurahkan..

0 comments: