08 October 2009

mAwAr mUjAhIdAh...


Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”





SALAM UKHWAH….



Buat mawar-mawar mujahiddah yang sedang merindui jalan menuju ALLAH…





SEKALI WANITA TERGODA,


GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA,


SEKALI WANITA TERNODA,


BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.






Rasullullah s.a.w dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.



Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tak berani atau takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.



Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.



Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan dan siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman ALLAH:



Maksudnya: dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang pengikut menyertai, dari golongan bangsawan yang mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu terbentuklah jemaah Islam yang pertama, jemaah Rasullullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri. (surah al-nahl: 125)






Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji ALLAH itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkembang tinggi.



Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliah dari akar umbi.




Sabda Rasullullah s.a.w:
“Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam kemana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.”





Duhai akhawat sayangfillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…



Dalam langkah hidup ini, hanya ada 2 jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan ALLAH, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan Iblisi.



Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan Iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.



Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu disana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.



Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Ilahi.



Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli Redha ALLAH? Sungguh manusia lupa saat perjumpaan itu..!



Zaman berganti zaman, Islam asing kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi orang-orang yang asing. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.



Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah……


Ya ALLAH, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…..


notakakiku1:jupe artikel ni dalam folder modul PI KMK 08/09..syukran kpd sumer ajk,exco n mt PI KMK 08/09....

0 comments: