22 October 2009

-sahabat sukar dimengerti-

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.



Persahabatan sering mengukuhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bercambah bersama kerananya..… Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.



Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.



Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya.



Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.



Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.


Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.



Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya.





Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.





** Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri **



"Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita"



Ingatlah kali terakhir kali anda berada dalam kesulitan.



Siapa yang berada di samping anda ?? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??



Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??



MEREKALAH SAHABAT ANDA Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.


notakakiku1:Amat mengasihi sahabat2 sekolah rendah (SRI ABIM) dulu,betapa korang sumer dah besar panjang sekarang..masing2 sedang mengejar impian yang didambakan.Korang sahabat pertama saat pengajianku.Terima kasih kerana masih bersahabat sehingga kini.




notakakiku2:Amat merindui sahabat2 Maahad (MMP KB) dulu.Tarbiyyah dan baiah yang diterima bersama amat dirindui saat2 sukar dalam melayari kehidupan ini.Doakan aku untuk istiqamah seperti mana saat ku melangkah keluar dari pintu barakah MMP dulu.



notakakiku3:Amat menyayangi sahabat2 di UNISEL dulu.Pengalaman bersama korang dulu amat mematangkan diri ini dan juga turut menunjukkan kenakalanku waktu itu.Sayang kamu semua.Doakan juga aku tidak nakal lagi seperti dulu.






notakakiku4:Amat bersyukur menemui ukhuwwah di matrik (KMK) dulu.Bersama mencipta memori tuk diabadikan dalam lipatan sejarah diriku.Sahabat2 Pusat Islam,keletihan dalam persengketaan bersama kalian dulu2 menunjukkan kita sumer masih samar dalam mencari identiti diri sendiri.Salam sayang dan salam rindu buat sahabat terbaik di KMK,liyana yang kini berada di USM,moga tabah dirimu disana.Terima kasih atas segalanya.Terima kasih juga buat roomate2 matrik (su,iela,memy) atas ingatan kalian terhadap diri ini.




notakakiku5:Amat mencintai sahabat2 di UMP sekarang yang akan bersama2 belajar untuk dewasa.Maaf jugak kerna kadang2 aku terlalu megharapkan kesempurnaan disebabkan keterbiasaan diriku sebelum ini dalam menerima sesuatu.Akan kucuba diri ini menerima takdir terbaik yang telah ditetapkan.Terima kasih buat roomate2 (Qis,Zu,Pika) atas kesengalan korang yang melampau membuatkan aku juga turut terkena tempiasnya.Terima kasih ayu n nana,keceriaan korang membuatkan hari2 ku di kuliah amat bermakna.Terima kasih juga buat sahabat2 C12 atas huluran salam persahabatan dari kalian.Terima kasih juga buat sahabat satu kos BCS terutama Raihanah yang sengal (sempat ag update blog lepas HOT).Moga2 berjaya dalam final!!




notakakiku6:Terima kasih buat sumer sahabat2 yang dikenal melalui medium maya ini.semoga persahabatan akan lebih bermakna buat kita sumer.




notakakiku7:Maaf buat sesape yang terasa nga 'saya' sepanjang minggu ini.i'm too tired melayan ketidakpuasan hati sendiri.Moga2 anda sedar entry ni khas untuk anda.

0 comments: