02 February 2010

warkah istimewa 'kamu'



Assalamualaikum,wahai kamu,sahabat saya…
Kamu,sesungguhnya satu anugerah yang tidak ternilai dapat mengenali kamu dan bersahabat sehingga kini.Banyak memori-memori indah tika bersama. Saya utuskan warkah ini kerna saya tidak mampu dan tidak sanggup untuk menegur kamu kerana sememangnya saya sangat2 kalah dengan kamu.Betapa kuatnya penangan kamu terhadap saya.

Kamu,sejujurnya juga saya bukannya yang terbaik untuk menegur kamu.Pada diri saya,sudah tercalit sejuta kekhilafan dan menutup sedikit kelebihan yang saya miliki.Namun,kerana mengenangkan kamu sahabat saya,saya mengambil peluang ini untuk meyatakan kepada kamu yang saya memang tidak meyukai kelakuan2 yang kamu lakukan itu.

Kamu,Saya tahu kita memang berbeza..sangat2 berbeza dari segi pemikiran dan pandangan2 tertentu tapi jangan lupa kita tetap dari keturunan yang sama Nabi Adam dan kita berpaksikan satu kiblat yang sama,oleh itu mana mungkin saya akan meninggalkan kamu terkapai-kapai seorang diri meskipun kamu tidak memerlukan saya.

Kamu,Kenapa berubah laku?Sudah tiada malu?Jangan dilayan sangat nafsu itu,sudah acap kali saya nyatakan bahawa nafsu itu jangan dilayan dan jangan dilawan,tapi dididik dan diasuh agar sunnah Islamiah terpatri kemas dihati,InsyaALLAH,iman kamu pasti terjaga.

Kamu,usahlah goyah hanya kerana seorang lelaki.Tidak cukupkah kawan2 yang ada disekeliling kamu,mereka ada untuk kamu,saya juga..pasti ada setiap kali kamu memerlukan,saya mengaku saya tidak mampu untuk menunaikan segala kehendak kamu namun bukankah jika kita sama2 berganding bahu,ia pasti ringan untuk kita semua.

Kamu,memang saya bukan seperti kawan2 kamu sebelum ini namun saya tetap berbangga dengan diri saya, bukan untuk bermegah namun saya rasa kita masing2 ada kelebihan begitu juga kawan2 kamu itu,sebab itu saya sesekali tidak menyalahkan mereka.Mungkin bagi kamu,peraturan yang saya tetapkan itu adalah kolot untuk kamu,tapi ingatlah apa yang saya buat ialah demi menjaga maruah kamu.Saya mahu kamu menjadi yang termahal diantara yang mahal.

Kamu,sampai hati kamu kan..ermm..saya tidak berdaya lagi untuk menghalang kamu kerana jika kita bawa isu ini ke mahkamah dunia sekalipun sudah tentu kemenangan tidak berpihak keatas saya kerana keadaan pemikiran muda mudi yang telah terpengaruh sekarang.sungguh saya kecewa dan terkilan.

Kamu,saya tidak pernah sesekali membenci kamu tetapi saya amat2 membenci apa yang telah kamu lakukan.Entah kerana saya terlalu emosional atau sensitif,namun saya memang tidak dapat menerima apa yang kamu lakukan.Mana mungkin saya membenci kamu sedangkan antara kita terlalu banyak kenangan indah yang tercipta.

Kamu,kamu sering berkata kamu tidak mampu menjadi sehebat saya,hebat sangatkah saya?Ramai lagi yang lebih terhebat diluar sana,saya bukanlah siapa2..tapi kita boleh sama-sama untuk menjadi hebat,kerana syurga ALLAH hanyalah untuk orang2 hebat,tidak mahukah kamu dengan itu?Siapa kamu pada masa lalu tidak sedikit pun mengugat ukhuwwah yang terbina antara kita.Keimanan dan ketaqwaan kita bakal dinilai oleh ALLAH bukan pandangan manusia.

Kamu,saya lagi2 kecewa apabila kamu lebih mempercayai diri dia berbanding saya,sahabat kamu..sesungguhnya,saya tidak pernah marah dan benci akan kamu,siapalah saya untuk berbuat begitu.


Kamu,dalam kerendahan diri kamu,sudah pasti kamu tidak tahu yang saya juga banyak mengagumi diri kamu kerana kamu tetap kamu,saya tidak melafazkan sebegitu tidak bermakna ia tidak berguna buat saya,kamu tahu bagaimana diri saya kan..saya mengagumi kamu dalam diam,sebab antara prinsip saya ialah ingin belajar,saya banyak belajar dari kamu walau ada di antara teman2 lain mengkritik kamu,tengok,kamu amat bernilai sebenarnya,jangan direndahkan nilai tertinggi yang kamu ada dalam hidup saya.

Kamu,saya doakan agar ALLAH hadirkan selautan hidayah untuk kamu juga buat saya.InsyaALLAH,bermula hari kamu telah melakukan sesuatu kepada saya,saya juga takkan sibuk lagi dengan hal-hal kamu.Kamu boleh berbuat apa-apa sahaja sesuka hati kamu.Saya takkan berkata-kata lagi kerana ia sedikit pun tidak berguna buat kamu.Kamu boleh bebas sesuka kamu.

Kamu,saya sangat2 sayang kamu kerana kamu memang sahabat saya.Ampun dan maaf dipinta sepanjang kita bersahabat saya ada menyakiti kamu dalam sedar atau tidak.Maaf jua dipohon jika kamu terasa dengan post kali ini.Saya amat rindukan kamu yang dulu.Saya sayang kamu!!!




Notakakiku1:untuk kamu,semoga kamu membaca dan mengerti..saya sayang kamu kerana ALLAH.

Notakakiku2:Teringat dan rindukan Asma Abd Rahman yang telah menelefon tempoh hari dari Mesir..sayang kamu…juga buat Maisarah Masruhan ,semoga kuat dirimu di sana..iringkanlah langkah ku disini dengan doa dari urdu kinanah..rindu kamu…

Notakakiku3:Tidak lupa buat Nor Liyana Zainol Abidin yang sibuk berbisnes nga umie aku di Kelantan..nasihat atas tue untuk ko juga..hahaha..(aku tahu ko takkan baca blog aku dan ko memang lain sikit kalu nak kena tegur nga aku..sayang ko juga..)

Notakakiku4:Siapa2 yang tidak berkenaan jangan salah faham..okies???Biarkan kamu sahaja mengerti.

10 comments:

Anonymous said...

KAMU,hargai la sahabat mu ini....sesungguhnye cintanya sukar dcari...cinta sahabat adalah lebih bermkna berbnding cinta pasangan kekasih.....

ladybird:bersbrla...mngkn KAMU masih tercari2 sahabat yg sejti..die x menyedari kehadirn mu d sisinye....cinta mu trhdp nye sgt ku kagumi....
"Cintailah sahabat2 mu kerana Yang Maha Esa...."

-Tauwkey@BoSs_90-

ryhana said...

saye xde~~
huuuuwaaaaaaaaa~~~~

Anonymous said...

entah camner, aku rsa 'tersentuh' lepas baca post ini. bukan 'terasa' ttapi 'tersentuh'. memang btul, kadang2 klu fikirkan balik, aku mmg dh brubah dri yg dulu n post ni mngigatkan aku pada ape yg berubah. bkn semua prubahan yg kita lakukan menghala ke jalan yg bnar. kdg kala kita x sedar pn ape yg kite ni dah terpesong.. Astaghfirullah al-Azim....

P/S 1: aku xnak fikirkan siapekah 'KAMU' itu dan mybe itu bkn hak aku utk tau, tp pngisian post ini lbh pnting.

P/S 2: Terima kasih kpd ladybird (w'pun aku knal tuan pnya blog ni, xnak gunakan nama btul) atas artikel ni yg akn mmbuatkan berfikir pasal bnyk bnda.. Syukran~~

bisikan hati said...

to Anonymous @ Tauwkey@BoSs_90

-thanx for ur first comment...doakan KAMU mengerti dan memahami..sesungguhnya saya memang menyayangi semua sahabat2 saya,tidak kira siapa dia..

p/s:i think i know u..tawkey@boss..hehehe..


to ryhanah

-asal lak ko kena ada dalam semua entry blog aku?..tapi kalu KAMU itu adalah ko,awal2 lagi aku lempang ko hidup2 kat kuliah,nak2 time tue kelas Mr.OS..subjek feveret ko..jatuh saham ko nanti...

to Anonymous

-syukran kathir kalu ko tersentuh atau pape la..amik yang baik2 jer,yg buruk tue tggalkan..sbb aku juga tidak sempurna..sama2 la kita saling bermuhasabah diri..semoga kamu dirahmati ALLAH selalu...

p/s:aku juga tahu ko sape..if i'm not mistaken..xkesah kalu ko nk rahsiakan,masing2 ada hak sendiri..penangan ladybird sungguh..ladybird jer selalu kaitkan aku..huhu..thanx coz be one of my bestie...

ryhana said...

haaaa,,kejam nye ko ngan ak qila,,cube la sopan2 sikit ngan ak,,lemah lembut kan,,hah,,kan sejuk ati aku cam tu,,

Anonymous said...

u know me??
hahhahaha.....
keep secret k...
please dn't tell others who i am.....

-tauwkey@boss_90-
:-)

bisikan hati said...

to tauwkey@boss_90,

memang dirahsiakan..insyaALLAH..
senang jer nak kenal sumer member2 niee..
dan memang akn dirahsiakan sbb post ni agak
kontroversi...maaf untuk semua...


to ryhana:

nga ko xyah lembut2..xde maknanya....

Anonymous said...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

P/s: trima kasih ats nsihat di atas. sometimes, aku lbih suke camni dan lebih baik begini, x dikenali.

Anonymous said...

tahniahhh!!

berjaya menegur sahabt sendiri.
ukht seorang yang berani..

Anonymous said...

qila :)

maisarah masruhan