30 October 2010

doa buat mereka



Ya ALLAH Ya Ghafur

ampunkan dosa2 mereka dari dulu,kini dan akan datang

Ya ALLAH Ya Quddus

redhailah perjalanan hidup mereka didunia dan akhirat

Ya ALLAH Ya Rafi'

jadikan mereka anak yang soleh solehah buat umi dan ayah

Ya ALLAH Ya Salam

jadikan mereka hambaMU yang bertaqwa dan istiqamah

Ya ALLAH Ya Fattah

lapangkan dada mereka ketika menimba ilmu2MU

Ya ALLAH Ya Razzaq

murahkan rezeki mereka dengan rezekiMU yang halal

Ya ALLAH Ya Mujib

makbulkanlah segala permintaan mereka jika itu yang terbaik

Ya ALLAH Ya Hafiz

jauhkanlah mereka dari segala musibah dan fitnah dunia

Ya ALLAH Ya Mu'iz

tetapkan iman mereka hanya untuk beriman kepadaMU

Ya ALLAH Ya Kabir

tenangkanlah hati mereka andai mereka resah dan gelisah

Ya ALLAH Ya Muhaimin

jagalah hati mereka agar tidak berpaling dariMU

Ya ALLAH Ya Hakim

kurniakanlah mereka kecemerlangan dalam ujian dunia

Ya ALLAH Ya Wasi’

kurniakanlah mereka kebahagiaan dalam kehidupan ini

Ya ALLAH Ya Rahim

kuatkanlah ikatan hati dan ukhuwwah kami

Ya ALLAH Ya Rahman

dengarkanlah,perkenankanlah...


Notakakiku1:Ya ALLAH,jagalah mereka sebaiknya kerna ku tahu ku tak mampu menjaga mereka sebaik KAU menjaga mereka.

Notakakiku2:Sedang bergelut untuk membuat satu keputusan yang penting,permudahkan urusan kami semua..apa2 sahaja,saya redha,itu yang terbaik,disaat final exam menjelang,perlu bertarung untuk sesuatu yang berat...senyum sajalah..(",)

Notakakiku3:saya sentiasa berusaha untuk menjadi kakak yang terbaik buat mereka..mahu fokus pada rawatan tradisional pula.

2 comments:

raudah said...

aqila~ bsbarlah sygku....smga kuat mghadapi sgalanya...syg qila!!! jgn sdh2 ok....

bisikan hati said...

dear raudah,terima kasih..
sentiasa bersabar,
padahal xde papepun..
smoga ko juga kuat disana..