06 June 2012

Cerita Kehidupan

Assalamualaikum...

Sudah 2 paper final berlalu pergi..tinggal lagi satu disamping sisa-sisa PSM...alhamdullilah untuk yang sudah selesai, Ahlan wasahlan untuk yang masih belum sempurna. =))

Bangun tidur sahaja,terus melangkah ke depan laptop,buka dashboard blog,mahu hapdet,mahu cerita banyak benda,mahu share semuanya,mahu itu,mahu ini. Tapi hanya ada 2 tangan dan belum semuanya 10 jari ini mampu menaip..(kekeke...sebab cara saya menaip keyboard sangat pelik,bak kata kembar labu).

****************************

Mahu cerita tentang apa?Topik?Isu?

Oh..mari kita share tentang hidup. Hidup kita semua. Hidup yang sedang kita jalani sekarang. Hidup sebelum mati. Iyya...hidup. Ada apa dengan hidup? Hargai nilai hidup kita. <----ecece kata kat orang kan...kadang2 diri sendiri pun tak tertahan jugak..

Jika kita fikirkan yang hidup kita tidak dihargai,hidup rasa dipermainkan,hidup ini sangat mengecewakan,kembalilah istighfar, sematkan dalam hati, dari kejauhan ada orang-orang yang sangat menghargai nilai hidup kita.

Ini peringatan untuk diri sendiri.Saya seringkali membayangkan kehidupan seindah fairy tales.Serius.Dari dulu hingga kini. No wonder saya sangat2 suka cerita barbie.kekeke...(pernah ponteng lab bio zaman matrik semata-mata mahu nonton ini cerita barbie). Tapi jika diteliti, barbie juga punya kisah sendiri,tidak mungkin senang sewenangnya,harus melalui kesusahan sebelum bersama Ken.

Eh,ini bukan cerita tentang barbie.Ini cerita kehidupan.The point is hargai kehidupan ini.Teliti satu persatu,orang-orang yang menyayangi anda.Juga orang yang anda sayang. Orang-orang palestin hari-hari menangis disebabkan kesusahan dalam berjihad,takkan kita hari-hari mahu menangis semata-mata menangisi nasib diri.Kamon K.Bangun dan sedar diri sikit.Kita tidak dilahirkan dengan sia-sia unless kita yang mensia-siakan hidup kita.

Kita selalu berangan nak menjalani kehidupan orang lain...jangan nak tipu,semua orang pernah rasa begini dan pernah terdetik dalam hati walau secuit,sekurangnya pernah juga terdetik,eh,nak jadi macam siti nurhaliza la.what??Siti?Look at yourself. Diri  kita ni lagi mahal dan lagi beruntung compare nak jadi macam siti.Karang kalu jadi siti, kentut dalam exam hall pun terus jadi cerita muka depan metro,ni kalu tak jadi siti,senang-senang elok jer boleh kentut bukan dalam exam hall,hatta tengah membeli makanan kat kafe.Hehh.

Dan itulah cerita kehidupan.Tidak banyak.Cuma mahu mengingatkan diri.Diri & hidup ini sangat bernilai, ALLAH jadikan ada manfaat dan untungnya.

Pandang atas sana dan ucap...ALHAMDULILLAH untuk hidup ini!!!

Haiiii...tidak tahu apa merapu diatas.Yang penting,baca jer la.Mahu hapdet blog kan.


****************************

Mahu ucapkan jutaan terima kasih buat semua terutama umi,ayah,adik2 dan kawan-kawan terdekat. Setelah hampir 3 bulan sakit sejak Feb lepas, alhamdulillah,kini saya pulih sepenuhnya (dah bleh senyum seperti biasa..hihihi). Terima kasih sangat-sangat atas kesudian menjaga,mengingatkan,semangat dan dorongan. Terima kasih tidak terhingga kerana tidak sesekali meninggalkan saya walau untuk seketika. Terima kasih atas doa-doa anda semua. Saya tidak senaraikan semuanya,namun saya doakan setiap kali ada lintasan doa dalam hati anda buat saya, saya tembak kembali doa itu,semoga anda berjaya dan bahagia serta sihat selalu.Terima kasih Ya ALLAH menghadirkan mereka. Terima kasih atas kesudian membantu saya,terima kasih kerana menjaga pantang larang saya,buat ayu,nana, special dedicate sebab sudi temankan setiap kali mengurut. Experience right,cerita orang-orang gila?haha..thanks bestie!Terima kasih semua,sahabat-sahabat saya!

*maaf,kekangan masa sebelum ini untuk kasi ucapan terima kasih. ^.^



****************************

Selamat datang ke dunia blog,adik-adik persis. Meriah la nanti semua berblog. Do visit them.
Liza, Shada ... haaa...apa lagi...akak dah promote blog korang kat sini...belanja big apple la satu!! hihihi..



katahatiku1: Dah...dah boleh berhenti gamaknya...mahu meneruskan cerpen2 yang tergendala supaya blog sebelah sana turut update.hehehe



1 comments:

naim said...

salam akak. selamat berjuang. jom tenang2 diri sambil dengaq qasidah

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/06/qasidahsolatu-bis-salam.html