26 June 2012

My Relationship vs ALLAH's Relationship

Bismillahirahmanirrahim...

Pada umur yang sebegini, sudah menjengah ke era 20++,nampaknya soal berpasangan bukan lagi topik yang 'awkward' untuk dibicarakan, malah ia seperti topik hangat dalam kehidupan saya dan saya percaya ia berlaku pada kebanyakan teman-teman sebaya.

"Eh,kau bila lagi?"

"Dah berpunya ke belum?"

"Bila nak kawen" 


Dan bla bla bla....


Dan saya mungkin antara orang-orang yang lambat melangkaui ke zaman berpasangan ini. Di sekolah lagi hingga kini, disaat-saat semua orang telah menemui cinta hati, saya masih lagi seorang, masih berpegang pada prinsip 'couple itu haram' dan hanya 'couple selepas nikah'. HAHAHA...


Bukan saya nak bincang tentang couple itu haram disini. Google dan Yahoo sahaja. Banyak sungguh artikel dan pandangan tentang perkara ini, sehingga kadang-kala dah tak sanggup nak baca sebab ada perkara yang pada saya lebih baik untuk dibincangkan dari kisah cinta anta anti, ataupun kisah muda-mudi yang tak pernah sudahnya.....(woww..hanya tertakluk di blog saja,untuk personel...all my friends can share everything k,kita kan kawan...).


Walaupun saya tak pernah lagi berada dalam "serious relationship" dengan sesiapa, tapi dah banyak kisah-kisah ini saya dengar dan kadang kala jadi Dr Love tidak bertauliah,haha. Dan saya rasa untuk berada dalam suatu relationship itu perlukan komitmen dan kesefahaman yang sangat tinggi. Bahkan memerlukan pucuk kesetiaan dan pengorbanan yang tidak terperi. Nak bina keluarga kan, kena buat betul-betul,bukan main-main.

Dalam meniti kisah hidup teman-teman dan saya sendiri, saya selalu mengandaikan hubungan manusia sesama manusia ini dengan hubungan manusia dengan ALLAH. Dan saya selalu berfikir, kenapa kita tak mampu mencintai ALLAH sebagaimana kita mencintai manusia?

Bohong kalau saya kata saya tak pernah suka sesiapa dalam hidup saya. Saya juga punya hati dan perasaan, saya juga memahami apa itu rindu, sayang dan suka. Saya juga pernah terkonflik dengan diri sendiri tentang urusan-urusan hati ini...(haaaaaa....kantooiii laaa kan..). Tapi pelik sungguh kenapa tak sekuat itu perasaaan kepada Yang Maha Mencintai?

Saya pernah kecewa, pernah jatuh dan bangun kerana perangai manusia tapi tak pernah sekalipun saya dikecewakan ALLAH. Tapi kenapa saya tak mampu mencintai ALLAH sebagaimana saya mencintai hambaNYA?

Ada kala bila kita suka/sayang/cinta seseorang, kita lalai dari ALLAH, kita lupa bahawa Dia yang memberikan kita rasa cinta itu dan memberi manisnya.




Dan bila cinta itu bukan dari jalan yang halal, syaitan pun masuk ditengah-tengah rasa cinta yang suci itu, menambah garam, gula dan MSG biar terasa indah perbuatan salah itu, dan kita pun cuba pertahankan apa yang salah itu dengan macam-macam hujah.

Astaghfirullah. Nauzubillah.

Moga-moga dijauhkan. Pandai saya cakap, tapi saya sendiri belum berada sepenuhnya dalam keadaan itu, hanya pernah terjatuh sahaja, jadi mungkin saya tak memahami. Namun, saya berharap apa yang saya tulis ini mampu menjadi ingatan buat diri saya dari semasa ke semasa.

Berbalik kepada mencintai ALLAH, pada saya untuk mencintai dan mengekalkan sesuatu hubungan itu perlu komitmen dan kesefahaman. Begitu juga dalam proses mencintai ALLAH. Bukan sekadar cakap, bukan sekadar status di FB, kita perlu nyatakan cinta ALLAH dan Rasul namun pada perbuatan juga.

Bukanlah saya ini seorang yang sempurna mengikut setiap arahan ALLAH dan Rasul, tapi setiap hari saya mencuba ke arah itu, dan memastikan bahawa apa yang saya buat itu ikhlas keranaNYA, bukan kerana sebab-sebab lain.

Bercakap tentang komitmen, kalau dalam perhubungan sesama manusia kita ada komitmen, macam telefon tiap hari, mesej dua minit sekali dan sebagainya, begitu juga dengan hubungan kita denganNya. Cuba kita dahulukan ALLAH dalam segala hal, cuba kita untuk memikirkanNya dalam waktu-waktu senang kita dan cubalah kita fikirkanNya dahulu sebelum kita berbuat apa pun, sama seperti kita fikir pakwe/makwe kita marah atau tidak kalau kita buat itu  dan ini. Tapi ingatan pada ALLAH haruslah diutamakan dahulu.

Kita kadang-kadang utamakan komitmen kita pada manusia dahulu sebelum ALLAH dan saya juga tidak terkecuali, ALLAH jadi perkara kedua.. =(



Tapi ALLAH itu selalu memberi komitmenNya kepada kita, walaupun kita ni cumalah daripada makhluk-makhluk yang infiniti jumlahnya. Dia sentiasa memberi kasih sayang , cinta dan rahmatNya kepada kita.

Tak percaya?


[2:186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.







Sweet kan ALLAH? Mampu ke kekasih kita nak berjanji macam ni?


Cinta itu tak salah, malah ia perasaan yang halus dan suci, jika ia dipelihara dengan baik dan disalurkan ke saluran yang baik. Kerana cintalah manusia hidup bersama dan kerana cinta ALLAH lah kita masih hidup di bumi ini.


Jom, kita sama-sama mencintai ALLAH dan RasulNya dan selepas itu mencintai manusia hanya keranaNya. =))




katahatiku1: Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa...tetiba rasa untuk menasihati diri sendiri... =))
katahatiku2: Edited : ami - saya admire dia





3 comments:

naim said...

:(

lilihana said...

nasihat sy..bertahanlah..jgn mula terjebak..tak rugi xrasa bercinta sblm nikah..hati yg msh celik pasti menjalaninya dgn penuh rasa serba salah..trust me..that my experience..

amiratulnadiahhasan said...

salam 'alaik.

tak ada apa nak di-admire dengan ami tu. dia masih bertatih mencari cinta hakiki. :p

terima kasih kerana re-post this entry. really appreciate that. terima kasih juga sebab singgah blog saya. :)

salam ukhuwwah. salam singgah. salam perkenalan. :)