04 July 2012

Kakak....

Assalamualaikum...

Dua hari lepas, saya menerima sms dari adik, memberitahu dengan riak supaya saya cemburu dengannya kerana dapat menjamu mata membeli kain-kain raya sedangkan saya masih terdampar menadah ilmu dan menjalani exam yang dirasakan ada setiap minggu tanpa rehat...arrgghhh....demi certificate dunia...

The family that prays together stays together.

Namun yang paling terkesan dihati, saya suka dengan segala sms dia...dia adik perempuan pertama yang saya ada selain adiknya yang bawah padanya itu. Sekarang sudah memasuki sekolah menengah,maknanya dia sedang meniti zaman remaja, mula berjinak-jinak memasuki dunia gadis dan anak dara sunti.

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi 
Bererti hanya kau di hati

Melalui mesej-mesejnya, saya mula senyum sendiri bila saya mula rasa saya sudah ada teman untuk berborak-borak,almaklumlah kesemua bawah saya adalah lelaki. Melalui mesej-mesejnya, saya tahu dia mahu bermanja dengan saya, melalui mesej-mesejnya, saya tahu dia mahu menceritakan dan berkongsi segala apa yang dia rasa dan ada.

When I'm not near the girl I love, I love the girl I'm near.

Saya sentiasa cuba dan terus mencuba untuk melayan setiap mesejnya sekalipun hari-hari yang saya miliki saya sangat sibuk. Saya fikir, sekarang baru musim belajar, bagaimana nanti dengan kerja. Pasti lagi sibuk.Mahu tidak mahu saya cuba tunaikan haknya, saya layan dan respon atas segala mesej yang dihantar dengan gaya 'comel' gadis-gadis juga. Ahh..seperti saya bukan gadis.Sekiranya saya tidak mampu untuk melayan dia sepatutnya, saya pasti akan memberitahu secara baik saya sedang sibuk dan setelah selesai urusan,pasti saya mencarinya semula. Sebabnya saya tidak mahu dia rasa dipinggirkan.

Ini baru kisah adik perempuan,adik lelaki bagaimana pula?Baru seorang, belum lagi 7 kesemuanya....hahaha..

Rentetan dari mesej dia, saya menanam azam untuk selalu keep update dengan adik-adik saya. Mereka sudah besar semuanya. Saya tiada kakak mahupun abang. Jadi, saya tidak mahu mereka rasa apa yang saya rasa, semua keputusan perlu dipikul seorang diri tanpa ada perbincangan dari sesiapa. Biarlah untuk mereka. saya concern lebih sikit. Sekurangya, dalam hati mereka...saya kakak mereka.

Cerita yang lalu itu 
Cerita engkau dan aku 
Hanyalah igauan yang lara 

Bukan mahu mengarah mereka mengikut segala kehendak saya tapi saya mahu ada disebelah mereka walau apa jua keadaan sekalipun. Saya pasti tidak akan tinggalkan mereka sebab saya tahu apa yang mereka rasa sebagaimana saya pernah rasa, saya mahu buang quote 'aku takde siapa2' dalam hidup mereka. Percayalah, saya sentiasa ada untuk mereka. Paling kurang pun, doa setiap selepas solat. Pasti ada untuk mereka.

Before I fight, I always pray that no one gets hurt.

Saya garang dengan mereka, adik-adik saya. Tetapi perangai ini saya cuba kikis sikit demi sikit mengikut pertambahan usia mereka. Saya cuba untuk menjadi kawan-kawan mereka. Dan saya berharap saya boleh menjadi bestfriend bagi mereka. Yang boleh bersembang tanpa ada apa-apa sekatan.

Hingga akhir nanti
ku hargai semua ini
yang terindah
yang tercipta
dalam hidupku

Saya dilanda konflik sewaktu saya dalam tempoh 'study week' tempoh hari sehingga saat-saat genting PSM. Sepanjang tempoh itu, doa-doa kejayaan saya dalam pelajaran saya palitkan hanya untuk adik-adik saya. Semuanya saya salurkan kepada mereka. Waktu itu saya sanggup korbankan doa-doa itu demi doa-doa buat mereka. Betapa obsesnya saya hanya mahukan yang terbaik buat mereka. Saya tidak kesah seandainya saya tidak memliki apa  yang saya idamkan kerana saya sedar bilamana saya habiskan degree ini, saya tiada apa-apa harapan lagi selain melihat mereka gembira yang sebenar-benarnya gembira dalam tawa dan senyuman.

There is only one passion, the passion for their happiness.


Selama ini saya terlalu mengejar kepentingan diri yang kadangkala saya terabaikan mereka, jadi kali ini biarlah...saya tidak memerlukan lagi...

My future just passed. 

half of them


Ada benda-benda yang buat saya terkilan sekiranya saya tidak mampu melakukan atau menjadi terbaik untuk mereka. Saya cuba tapi saya tidak mampu sebenarnya.

Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati

Saya rasakan mendidik adik-adik saya ketika ini ia merupakan satu jalan tarbiyyah buat diri saya bagaimana saya mahu membentuk anak-anak sendiri nanti...(eh..dah fikir jauh daa..hahaha)...but it's true...saya belajar bagaimana mahu mencorak dan membentuk anak-anak secara tidak langsung.Bagaimana saya mahu handle dengan bermain psikologi anak-anak. Saya belajar bagaimana mahu rapat dengan mereka.

Manakan sama
Dikau yang ku cinta
Andainya dinilaikan
Segala emas permata
Jikalau kau mengerti
Apa yang aku fikirkan
Pastinya kau hargai
Kenangan kita berdua

Pernah baca bidadari-bidadari syurga karya Tere Liye, cerita pengorbanan agung Kak Laisa. Saya tahu saya tidak sebaik dan sekuat Kak Laisa, tapi saya selalu mohon agar ALLAH sentiasa membantu dengan memberi peluang kepada saya supaya sekuat Kak Laisa. Saya mahu kutip  secebis semangat dan ketabahan Kak Laisa...Argghh..betapa kuat penangan Kak Laisa buat saya. Adore her so much.

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku

Kesimpulannya, saya cuba dan terus mencuba untuk menjadi kakak yang terbaik buat mereka. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan mereka bahagia dan merasakan kecukupan yang seadanya walaupun tidak sesempurna orang lain.Saya janji saya akan selalu ada disisi mereka selain ALLAH. Kerana saya kakak mereka.



Dan saya adalah kakak...
- angah
- becik
- ateh
- kak chek
- kak chah
- umar
- ucid



* Sejak 2009, saya telah mempunyai kakak dimerata-rata malaysia..kak ros,kak masyi,kak nisa, kak su...semuanya kak2 ili saya...dan sejak hari itu, saya mula belajar menjadi seorang kakak dari mereka secara tidak langsung.sekarang, majoritinya dah berkelurga, sedikit sebanyak,kekangan itu tetap ada.

* Ehhh..saya ada dua kakak lagi....dan kami bertiga memang gediksss...miss n love u gegurl kacaks..saya betul-betul nak laksanakan satu misi dengan mereka.ALLAH,dengarlah permintaan ini....




katahatiku1: Untuk satu keputusan yang perlu dibuat, perlukah saya istikharah? Saya tidak mampu mencerna otak dengan baik sekarang dek kerana kurang sihat dan rehat.





5 comments:

lilihana said...

hihi..gediksss kau kata..?? muahahahaha..hmm akk pun rasa mcm awk rasa..tringin jd bestfren pd adk2 snd tp kdg2 betul xtahu bagaimana mendekati mereka..wuwuwuuu..sedih!

qeela said...

hahahahah...biarlaa...kita memang gedik pun...keke

kan2...tu adik akak....kak elyani tu..jadila bestfriend dia..

aku ila said...

sy tidak ada adik kandung perempuan, sekian. hahaha..

ok maaf ye adik2, akk mu ini tengah dalam proses mengubat jiwa yang lara. maaf kalau ada terasa seperti dianaktirikan, dipinngirkan di pinggiran bukit mahupun pantai. err oke xlawak.

walau tak selalu bersua "taip", hati tetap tak lupa :)

qeela said...

sokay kak bell....take ur time k...bila dah okies...nak calling2....hehehe

karthik said...

this is such a nice and useful information for us...i appreciate urs word Free Blogger premium Themes