01 December 2012

Anakku Permata Hidupku


Assalamualaikum.

Ini adalah cebisan sharing dari seorang sahabat di facebook. Tertarik dan menarik hati untuk ditepek disini.

[ Anakku Permata Hidupku ]


Mahu aku cubit-cubit, gomol-gomol juga pipi budak ni..
Inilah tajuk Bicara Wanita di KTC pagi tadi. Petah betul Ustz Siti Norbahiyah berceloteh, penuh ilmiah, ditambah pula dengan cambahan idea suaminya. Dua-dua pandai menarik hati penonton. Walaupun rata-rata penonton terdiri daripada golongan ibu, namun, kami sebagai golongan pertengahan faham apa yang ingin mereka sampaikan. Penggarapan ilmu membentuk keluarga bahagia :)


* Antara tips-tips yang sempat dikutip ialah tentang cara-cara menjadi permata keluarga (anak soleh). Pastikan dalam keluarga ada aset aset 3B (Berharga, bangga, bahagia).

* Tambahnya lagi, nabi pernah berkata, orang yang mandul itu sebenarnya ialah ORANG YANG MEMPUNYAI ANAK, TETAPI TIDAK BOLEH MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ORANG TUANYA.

* Amalkan ayat Al-Quran surah 74 :)

* Menjaga pemakanan dalam keluarga.
i) pastikan punca rezeki HALAL
ii) beli brgn HALAL, produk muslim !
iii) air tangan sendiri~masak sendiri baru boleh bahagia ^^



* DOA IBU - doa ibu tiada hijab, senang makbul. Jadilah ibu yg selalu mendoakan anak2~

* Campakkan kasih sayang dalam famili
i) selitkan kata-kata semangat (elakkan perkataan kenapa, sebaliknya gantikannya dengan mengapa dan bagaimana)
ii) selalu bagi hadiah pun boleh pupuk bahagia :)
iii) sentuhan fizikal ( buat2 sakit kpala suruh mak urut..hee)
iv) luangkan masa bersama
v) memberi khidmat (saling membantu...apa yg penting? kerjasama)

* Tips2 untuk ibu mengandung
i) 6 bulan pertama masa plg baik untuk didik anak dalam kandungan.
ii) doa banyak2 \(^^)/
iii) banyakkan membaca Al-quran selepas minggu ke 14 (drp kebiasaan)
iv) amalkan...
mggu ke 14- surah yusuf, supaya anak cantik.
mggu ke 24- surah luqman, supaya anak bijak.
mggu ke 36-surah maryam, supaya anak menjadi penyabar dan senang melahirkan anak :)
~ selepas melahirkan, jika air susu susah nak keluar, amalkan surah Al-Hujrat.

Suami ustazah turut memberikan doa-doa untuk diamalkan, jika kita yakin, insyaAllah~

Nak anak pandai belajar?
-Al-anbiya ayat 79
Kalau anak suka bergaduh?
-Al-baqarah ayat 102
Anak malas sekolah?
-Surah thoha ayat 1-5
Anak suka keluar malam?
-Surah Ar-Rom ayat 131.

Apa yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu juga datang daripadaNya namun disandarkan kepada insan yang membuat catatan ini. Wassalam :)



katahatiku1: Thanks for najwa, semoga dipermudahkan segala urusan.
katahatiku2: Masih runsing untuk satu perkara yang entah bila mahu selesai..

2 comments:

muhammad naim Abdullah said...

:)


betul tu akak. :)

p/s: cat baru ke blog ini. ceria. :)

qeela said...

aaahh...cat baru la sikit..biar ceria...